COVID-19: Varian Omicron bakal jadi dominan di Eropah
Astro Awani
Disember 3, 2021 08:53 MYT
Disember 3, 2021 08:53 MYT
PUSAT Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (EDCC) menyatakan penularan varian Omicron akan menjadi menjadi dominan iaitu melebihi separuh daripada jangkitan COVID-19 lain.
Ia dapat dilihat dalam tempoh beberapa bulan akan datang sungguhpun pada ketika ini pesakit yang dijangkiti oleh varian itu masih lagi belum menunjukkan komplikasi yang teruk.
Jangkaan itu dibuat berdasarkan maklumat awal tentang kebolehjangkitan varian Omicron yang sangat tinggi melebihi varian Delta.
Namun ketika ini tiada bukti kukuh mengenai kebolehjangkitan Omicron.
Data mengenai varian baharu itu katanya akan didapati dalam beberapa hari sahaja lagi.