COVID-19: Varian Delta kini dominan di peringkat global - WHO

Astro Awani
Jun 18, 2021 06:14 MYT
Soumya Swaminathan memaklumkan, beberapa negara mencatat peningkatan mendadak kes COVID-19 kesan daripada varian Delta. -Foto tular
GENEVA: Varian Delta yang kali pertama dikesan di India kini menjadi varian dominan di peringkat global.
Perkara itu didedahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ketua Saintis WHO, Soumya Swaminathan memaklumkan, beberapa negara mencatat peningkatan mendadak kes COVID-19 kesan daripada varian Delta.
Ia termasuk Britain, Jerman dan Rusia.
Menurut Swaminathan, pihaknya kecewa dengan perkembangan pembangunan vaksin yang masih belum menepati standard WHO.
Hakikatnya, dengan penularan varian Delta, wujud keperluan untuk dos vaksin yang lebih berkesan.
Benua Afrika kekal menjadi kebimbangan utama WHO, walaupun jangkitannya hanya menyumbang lima peratus kadar jangkitan global.
#WHO #COVID-19 #vaksin #jangkitan #India #Varian Delta #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #Soumya Swaminathan #varian dominan
;