COVID-19: Vaksin Pfizer, AstraZeneca berkesan pada golongan berisiko - PHE

Astro Awani
Julai 9, 2021 06:52 MYT
Agensi Kesihatan Awam England (PHE) mengakui vaksin Pfizer dan AstraZeneca berkesan terhadap jangkitan simptomatik pada kumpulan berisiko tinggi.
LONDON: Agensi Kesihatan Awam England (PHE) mengakui vaksin Pfizer dan AstraZeneca berkesan terhadap jangkitan simptomatik pada kumpulan berisiko tinggi.
Badan itu memetik kajian dibuat terhadap satu juta individu yang berisiko tinggi.
Keseluruhan keberkesanan vaksin terhadap penyakit simptomatik pada kumpulan risiko adalah sekitar 60 peratus selepas dos pertama vaksin AstraZeneca atau Pfizer-BioNTech dengan sedikit perbezaan mengikut usia.
Keberkesanan meningkat kepada 81 peratus untuk AstraZeneca selepas dos kedua pada individu berisiko berusia 16 hingga 64 tahun.
Di antara mereka yang berusia lebih daripada 64 tahun, Pfizer berkesan 89 peratus dan AstraZeneca berkesan 80 peratus selepas dos kedua.
Ketua Imunisasi di PHE, Mary Ramsay berkata, data menunjukkan untuk pertama kali bahawa kebanyakan individu berisiko terhadap COVID-19 masih mendapat tahap perlindungan tinggi selepas dua dos vaksin.
#COVID-19 #dos kedua #dos pertama #jangkitan #Pfizer #Pfizer-BioNTech #AstraZeneca #vaksin #kumpulan berisiko tinggi
;