COVID-19: Vaksin Moderna beri perlindungan tinggi terhadap varian Delta - Kajian
Astro Awani
Jun 29, 2021 05:54 MYT
Jun 29, 2021 05:54 MYT
Vaksin Moderna didapati memberikan perlindungan tinggi terhadap varian COVID-19 jenis Delta.
Perkara ini didedahkan pengeluar vaksin berkenaan selepas kajian dijalankan saintisnya.
Kajian dijalankan ke atas responden yang menerima dos kedua vaksin.
Vaksin berkenaan mencetus reaksi antibodi terhadap semua varian yang diuji, kecuali jenis virus yang kali pertama dikesan di China.
Vaksin Moderna didapati lebih berkesan menghasilkan antibodi terhadap varian Delta berbanding Beta yang dikesan di Afrika Selatan.
Saintis percaya dapatan data terbaharu ini bermakna vaksin keluaran Moderna mampu beri perlindungan tertinggi terhadap varian baharu yang dikesan.