COVID-19: UK tingkat tahap amaran COVID susulan Omicron semakin merebak

Astro Awani
Disember 13, 2021 08:15 MYT
Pihak berkuasa perubatan memberi amaran kemasukan ke hospital mungkin meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu akan datang. - Foto REUTERS
LONDON: Britain menaikkan tahap amaran COVID-19 sebagai tindak balas kepada varian Omicron yang pantas merebak.
Pihak berkuasa perubatan memberi amaran kemasukan ke hospital mungkin meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu akan datang.
Ketua Pegawai Perubatan England, Scotland, Wales dan Ireland Utara mengesyorkan peningkatan kepada tahap 4 daripada tahap 3 pada skala 5 mata, yang bermaksud mereka menilai penularan virus itu sebagai tinggi.
Tahap 5 adalah tahap amaran maksimum, bermakna perkhidmatan kesihatan berisiko terbeban.
Dalam satu kenyataan, pegawai perubatan berkata, bukti awal menunjukkan bahawa Omicron merebak jauh lebih cepat daripada Delta dan perlindungan vaksin terhadap penyakit bergejala daripada varian Omicron berkurang.
Jelasnya, data tentang tahap simptom akan menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu akan datang tetapi kemasukan ke hospital daripada Omicron sudah berlaku dan ia mungkin meningkat dengan cepat.
#COVID-19 #Omicron #Hospital #tahap amaran
;