COVID-19: UK tiada rancangan perkenal pasport vaksin
Astro Awani
Februari 7, 2021 06:09 MYT
Februari 7, 2021 06:09 MYT
LONDON: United Kingdom tidak akan mempertimbangkan pengeluaran pasport vaksin.
Menteri Vaksin COVID-19 Nadhim Zahawi menegaskan ini kerana vaksinasi adalah secara sukarela dan pengeluaran pasport vaksin hanya akan menjadi satu bentuk diskriminasi.
Tambahnya, ia akan menghantar mesej yang salah ketika kesan vaksin terhadap penularan masih belum jelas.
''Setakat semalam, telah diberikan dos pertama kepada 11.5 juta orang dan apa yang mereka dapat ialah kad dari perkhidmatan kesihatan nasional (NHS) dengan nama mereka padanya.
“Sudah tentu tarikh telah divaksinasi dengan dos pertama dan tarikh untuk dos kedua mereka.
"Pertamanya, kita tidak kesan vaksin pada penularan. Kedua, itu akan menjadi diskriminatif.
“Saya rasa perkara yang betul untuk dilakukan ialah memastikan orang ramai tampil mendapatkan vaksin kerana mereka mahukannya berbanding ia dilakukan secara mandatori melalui pasport dan sebagainya,” katanya.
Namun Zahawi berkata doktor akan memberikan kad khusus kepada warganegara berkenaan.
Ia mempunyai maklumat tarikh individu menerima vaksin dan ia boleh digunakan sebagai bukti yang mungkin diperlukan untuk beberapa perjalanan penting.
Lebih 11 juta individu telah menerima vaksin pertama COVID-19 di negara itu.
#United Kingdom
#pasport vaksin
#Nadhim Zahawi
#COVID-19
#vaksin
#vaksinasi
#diskriminatif
#mandatori