COVID-19: UK mulakan siasatan awam tindak balas pandemik
Astro Awani
Oktober 4, 2022 06:15 MYT
Oktober 4, 2022 06:15 MYT
LONDON: Siasatan awam mengenai tindak balas dan pengendalian Britain mengenai pandemik COVID-19 bermula pada Selasa.
Ia bertujuan untuk mencari kebenaran dan mendedahkan sebarang salah laku atau tindakan yang boleh menjejaskan Britain.
Negara itu merekodkan hampir 20 juta jangkitan COVID-19 dan lebih daripada 160,000 kematian iaitu yang ketujuh tertinggi di dunia.
Bekas Perdana Menteri, Boris Johnson dan pentadbirannya berdepan kritikan dalam mengendalikan krisis tersebut.
Tahun lalu, Johnson mengarahkan siasatan untuk melihat kesiapsiagaan negara serta tindak balas kesihatan dan ekonomi awam.
Ia diketuai oleh bekas hakim Heather Hallett.
Menurut Hallett, siasatan itu akan menganalisis kesediaan untuk wabak dan tindak balas terhadapnya.
Ia bertujuan menetukan sama ada tahap kerugian tidak dapat dielakkan dan sekiranya wujud reaksi lebih baik kesan daripada situasi itu.
Menurut peguam utama, Hugo Keith, siasatan itu akan menjadi usaha besar yang tidak pernah dilakukan sebelum ini serta dibahagikan kepada beberapa modul dengan permulaan terhadap kesiapsiagaan Britain.
Keith berkata, kewajipannya adalah mendapatkan kebenaran, memastikan fakta penuh didedahkan, mencari tindakan dan keputusan yang salah untuk didedahkan kepada orang ramai serta mencari pengajaran.