COVID-19: UK janji lakukan lebih banyak penyelidikan kesan jangka panjang virus
Astro Awani
April 1, 2021 05:43 MYT
April 1, 2021 05:43 MYT
LONDON: United Kingdom menjanjikan lebih banyak penyelidikan dan pembiayaan bagi mengkaji kesan jangka panjang terhadap individu yang dijangkiti COVID-19.
Setiausaha Kesihatan UK Matt Hancock berkata, statistik baharu menunjukkan lebih daripada sejuta individu yang dijangkiti virus itu mempamerkan beberapa simptom tertentu.
“Saya sangat bimbang dengan kesan virus COVID-19. Berdasarkan statistik terbaharu, ratusan ribu individu menunjukkan kesan virus berkenaan dengan ratusan ribu yang lain menunjukkan sangat terkesan.
“Kami akan membuat lebih penyelidikan dan menyuntik lebih banyak dana bagi mengkaji kesan jangka panjang COVID-19 kerana terdapat beberapa symptom yang berbeza.
“Virus ini sangat berbahaya dan oleh kerana ini, orang ramai harus mengamalkan langkah berjaga-jaga.
“Tiada siapa yang selamat daripada virus ini sehingga kita membuat keadaan itu selamat untuk semua,” katanya dalam temu bual bersama portal berita Sky News.
Statistik kebangsaan UK menyatakan dalam tempoh masa empat minggu sehingga 6 Mac lepas, 1.1 juta individu pernah dijangkiti virus COVID-19.
Daripada jumlah itu, kira-kira 697,000 individu dijangkiti COVID-19 sekurang-kurangnya 12 minggu sebelumnya, sementara 70,000 individu yang lain dijangkiti tahun lepas.
Hancock berkata, beliau bimbang dengan kesan jangka panjang COVID-19 kerajaan akan melakukan lebih banyak penyelidikan serta menyuntik lebih banyak dana bagi memahami virus COVID-19 ini kerana terdapat beberapa simptom yang berbeza.
Hancock mengumumkan pembiayaan 18.5 juta Euro pada Februari untuk kajian utama mengenai kesan kesan jangka panjang virus.
Seramai 674,000 individu berkata aktiviti harian mereka terjejas akibat kesan jangka panjang virus COVID-19 sementara 196,000 individu orang lagi menyatakan kemampuan mereka terhad untuk melakukan aktiviti seharian.