COVID-19: UK hapus saringan, kuarantin bagi pengembara

Astro Awani
Januari 25, 2022 10:48 MYT
UK juga akan mula iktiraf vaksin dari 16 negara lain, termasuk China dan Mexico. - Foto Twitter/Heathrow Airport
LONDON: United Kingdom laksana fasa baharu dalam strategi pandemiknya.
Bermula 11 Februari, ia tidak lagi wajibkan ujian saringan COVID-19 dan kuarantin bagi pengembara lengkap vaksin yang tiba ke negara itu.
Menurut Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps, langkah ini membolehkan perjalanan lebih murah dan mudah.
Ia juga memberi satu ketentuan buat sektor pelancongan dan penerbangan.
Ketika ini pengembara yang tiba di UK, perlu jalani ujian saringan dalam tempoh dua hari.
Sementara mereka yang tidak divaksin perlu dikuarantin 10 hari dan jalani beberapa ujian sebelum dan selepas ketibaan.
Kuarantin bagi mereka yang tidak divaksin juga akan dihapuskan.
Namun golongan ini perlu menjalani ujian PCR sebelum dan selepas ketibaan di UK.
UK juga akan mula iktiraf vaksin dari 16 negara lain, termasuk China dan Mexico.
Ini bermakna ia mengiktiraf sijil vaksinasi dari 180 negara setakat ini.
UK merupakan antara negara Eropah paling teruk terjejas dengan pandemik COVID-19.
Ia rekodkan hampir 154,000 kematian setakat ini.
#COVID-19 #Pengembara #ujian saringan #kuarantin
;