COVID-19: UK catat lebih 28,000 kematian, pertambahan 621 mangsa dalam 24 jam
Astro Awani
Mei 2, 2020 07:00 MYT
Mei 2, 2020 07:00 MYT
United Kingdom (UK) mengesahkan jumlah kematian akibat COVID-19 telah melebihi 28,000 kes.
Setiausaha Perumahan dan Masyarakat, Robert Jenrick berkata seramai 621 mangsa telah meninggal dunia dalam 24 jam terakhir.
Katanya, sebanyak 1.12 juta ujian COVID-19 telah dilakukan di UK termasuk lebih 105,000 pada Jumaat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Perubatan UK, Dr Jenny Harries berkata pada awal minggu ini Perdana Menteri, Boris Johnson telah menjelaskan bahawa negara itu telah melewati puncak wabak berkenaan.
Jelasnya, terdapat lima faktor yang perlu dipertimbangkan semasa melakukan pengurangan ketika kawalan pergerakan termasuk penurunan berterusan dan konsisten dalam kadar kematian harian koronavirus.
"Jadi pada awal minggu ini, perdana menteri (Boris Johnson) menjelaskan bahawa kita telah melepasi puncak pandemik itu di UK, namun terdapat banyak perkara yang perlu kita lakukan.
"Dalam data yang saya akan bentangkan hari ini, yang mana menunjukkan semua kerja keras yang telah dilakukan oleh orang ramai yang tinggal di rumah.
"Kita juga perlu ingat bahawa kita mempunyai lima ujian yang perlu dilaksanakan untuk menyesuaikan dengan kawalan pergerakan ini," katanya.
Selain itu data juga perlu menunjukkan kadar jangkitan menurun pada tahap yang dapat dikawal.
#Boris Johnson
#COVID-19
#Itali
#Jenny Harries
#koronavirus
#meninggal dunia
#Perdana Menteri
#Robert Jenrick
#United Kingdom