COVID-19: UK catat data memberangsangkan untuk mansuh sekatan pergerakan
Astro Awani
Jun 22, 2021 07:10 MYT
Jun 22, 2021 07:10 MYT
LONDON: Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock mendedahkan data COVID-19 negara itu mencatat perkembangan memberangsangkan setakat ini.
Ini memberi harapan bahawa sekatan pergerakan akan dapat dimansuhkan sepenuhnya pada 19 Julai seperti dirancang.
Tarikh pembukaan semula United Kingdom (UK) dilanjutkan susulan peningkatan kes jangkitan akibat varian delta yang mendominasi kes baharu di negara itu.
Kata Hancock, bagaimanapun kerajaan akan berhati-hati dalam memantau data terutamanya menjelang pembukaan semula sektor sosial minggu hadapan.
Britain merekodkan 11,629 kes baharu COVID-19 dengan 27 kematian, pada Selasa.
#Britain
#COVID-19
#Matt Hancock
#United Kingdom
#Varian Delta
#peningkatan kes jangkitan
#perkembangan memberangsangkan
#pembukaan semula UK