COVID-19: Ujian vaksin AstraZeneca-Universiti Oxford diteruskan semula

Astro Awani
September 12, 2020 07:12 MYT
Ujian Vaksin COVID-19 yang dibangunkan syarikat farmaseutikal dan biofarmaseutikal AstraZeneca dan Universiti Oxford akan diteruskan semula. -Gambar fail
Ujian Vaksin COVID-19 yang dibangunkan syarikat farmaseutikal dan biofarmaseutikal AstraZeneca dan Universiti Oxford akan diteruskan semula.
Ia dihentikan baru-baru ini selepas pesakit di United Kingdom dikesan mengalami kesan sampingan.
Penggantungan kajian dibuat bagi membolehkan syarikat itu menyiasat sama ada kesan sampingan dikaitkan dengan vaksin tersebut.
Namun Universiti Oxford mengesahkan ia selamat.
Ia juga menjelaskan lazimnya dalam ujian besar-besaran yang dijalankan, pihaknya menjangka ada sebahagian peserta akan mengalami situasi tidak sihat.
Sehubungan itu, ujian akan diteruskan semula selepas saranan dari jawatankuasa penilaian keselamatan bebas dan pihak kawal selia UK.
Sehingga kini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sejumlah 180 vaksin berpotensi sedang dikaji.
Namun tiada satu pun yang melengkapkan ujian klinikal sehingga kini.
#AstraZeneca #biofarmaseutikal #COVID-19 #farmaseutikal #koronavirus #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #ujian vaksin #United Kingdom #Universiti Oxford #WHO
;