COVID-19: Ujian saringan besar-besaran di Xi'an

Astro Awani
Disember 30, 2021 06:50 MYT
Bantuan makanan dan barangan asas disalurkan kepada penduduk oleh sukarelawan. - Foto REUTERS
XI'AN: Ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran giat dijalankan di bandar Xi'an, China.
Bandar tersebut dikenakan perintah berkurung sejak Rabu susulan lonjakan semula kes positif.
Menurut laporan media CCTV, bantuan makanan dan barangan asas disalurkan kepada penduduk oleh sukarelawan.
Xi'an melaporkan 156 kes baharu pada Rabu, iaitu hari kelima berturut-turut bandar itu merekodkan angka jangkitan melebihi 150 kes.
Meskipun masih rendah berbanding negara-negara lain yang menyaksikan lonjakan kes secara mendadak, namun China menguatkuasakan dasar sifar toleransi terhadap COVID-19.
Lebih-lebih lagi berbaki beberapa minggu sebelum temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Beijing.
#COVID-19 #ujian saringan #kes positif #lonjakan kes
;