COVID-19: Ujian ke atas pemandu trak di sempadan Perancis bermula

Astro Awani
Disember 23, 2020 07:45 MYT
Pihak berkuasa memulakan ujian ke atas pemandu trak di Pelabuhan Dover untuk membolehkan aktiviti dagangan rentas sempadan disambung. - REUTERS
PIHAK berkuasa memulakan ujian ke atas pemandu trak di Pelabuhan Dover untuk membolehkan aktiviti dagangan rentas sempadan disambung.
Ini selepas Perancis melonggarkan syarat kemasukan trak yang bawa barangan dagangan ke negara itu.
Menurut pihak berkuasa Perancis, pemandu trak boleh masuk melalui pintu itu selagi mereka dapat buktikan keputusan negatif COVID-19 dalam masa 72 jam.
Ketika ini situasi di sempadan dilaporkan tegang selepas pemandu trak gagal mendapatkan perkembangan terkini kerana telefon bimbit kehabisan bateri.
Ini disebabkan kebanyakan mereka sudah tiga hari terkandas di sempadan.
UK sebelum ini umum yang ia temui varian baru COVID-19 di negara itu.
Ini memaksa Perancis dan beberapa negara Eropah lain menyekat kemasukan dari UK.
Sebelum ini kerajaan UK maklum yang lebih 4000 ke 6000 trak terkandas akibat sekatan yang dilakukan di sempadan UK Perancis melalui Euro Tunnel.
Laluan ini adalah antara laluan penting bagi dagangan keluar UK dengan Kesatuan Eropah.
Menurut satu laporan, laluan berkenaan mengendalikan kira kira 20 peratus dagangan UK.
#kerajaan #Kesatuan Eropah #COVID-19 #trak #kelonggaran #syarat
;