COVID-19: Turki longgarkan sekatan bermula 1 Jun
Agensi
Mei 29, 2020 21:49 MYT
Mei 29, 2020 21:49 MYT
Turki akan melonggarkan sekatan pergerarakan daalam kalangan rakyatnya bermula 1 Jun ini.
Presidennya, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan, ia termasuk sekatan perjalanan antara bandar di Istanbul selain operasi restoran, kafe, muzium dan kolam renang yng akan dibuka semula.
Pekerja perkhidmatan awam, kecuali yang mempunyai penyakit kronik, akan kembali ke tempat kerja sementara kemudahan penjagaan anak juga akan dibenarkan beroperasi semula.
Bagaimanapun Erdogan berkata, arahan untuk tinggal di rumah bagi warga emas yang berumur 65 tahun ke atas, dan kanak-kanak di bawah umur akan kekal untuk jangka masa yang lebih lama.
Pada awal Khamis, negara itu memulakan semula operasi perkhidmatan kereta api antara bandar secara bertahap, sementara masjid dijadualkan dibuka semula pada Jumaat.
Erdogan juga meminta rakyatnya untuk terus berhati-hati, memakai penutup mulut dan hidung dan mematuhi garis panduan penjarakan sosial.
Sehingga kini, jumlah jangkitan yang disahkan di Turki melebihi 160,000 kes dengan 1,182 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Kementerian kesihatan Turki juga melaporkan 30 kematian baharu, menjadikan jumlah kematian COVID-19 menjadi 4,461 kes.