COVID-19: Turki lapor kes pertama varian Omicron
Bernama
Disember 12, 2021 11:26 MYT
Disember 12, 2021 11:26 MYT
ANKARA: Turki pada Sabtu melaporkan enam kes pertama COVID-19 varian Omicron.
Menteri Kesihatan Fahrettin Koca mengesahkan mengenai perkara itu pada sidang parlimen.
Beliau berkata kes itu dilaporkan di Istanbul dan wilayah Izmir, lapor Agensi Anadolu.
"Mereka adalah pesakit luar yang tidak mempunyai sebarang masalah dan mempunyai gejala yang sangat ringan," katanya.
Bagaimanapun, Koca tidak memberikan butiran lanjut bagaimana mereka dijangkiti varian itu.
-- BERNAMA