COVID-19: Tunisia berdepan tekanan tangani peningkatan kes
Astro Awani
Julai 21, 2021 08:37 MYT
Julai 21, 2021 08:37 MYT
TUNISIA kini berdepan detik sukar dalam menangani krisis pandemik COVID-19 dengan sistem kesihatan awam berada pada tahap tertekan.
Malah, tekanan yang dihadapi itu memaksa beberapa siri baharu sekatan dikuatkuasakan.
Sumbangan dari negara luar bagi bekalan ubatan dan vaksin juga digerakkan, antaranya dari China, Perancis, Turki, Itali, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Algeria.
Di bandar termiskin negara itu, pasukan kesihatan mendedahkan, pertambahan jumlah pesakit yang dirawat di wad menyaksikan penggunaan bekalan okisgen pada tahap maksimum.
Apa yang dibimbangi ketika ini di Hospital Aghlabid adalah, bekalan oksigen yang habis dalam tempoh empat jam sahaja.
Petugas kesihatan terpaksa memindahkan pesakit dan meminta bantuan dari hospital lain.
Namun pada Isnin, trak membawa bekalan peralatan kesihatan dilaporkan tiba di beberapa hospital yang kritikal.
Sebelum ini, kerajaan Tunisia merayu bantuan global bagi menangani krisis pandemik negara itu.
UAE, Turki dan Algeria antara negara yang sudah menghantar ratusan bantuan kecemasan dan bekalan vaksin.
#Tunisia
#bekalan vaksin
#petugas kesihatan
#vaksin
#pandemik
#COVID-19
#UAE
#Turki
#Algeria
#Itali
#China
#Hospital
#kritikal
#bantuan