COVID-19: Trump tandatangani pelan rangsangan ekonomi AS$1.4 trilion
Astro Awani
Disember 28, 2020 12:46 MYT
Disember 28, 2020 12:46 MYT
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani pelan rangsangan ekonomi bernilai AS$1.4 trilion bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas dengan COVID-19.
Ia sekali gus menamatkan ketidaktentuan selama beberapa minggu selepas Trump sebelum ini enggan menandatangani pelan tersebut.
Jika Trump tidak berbuat demikian, jutaan rakyat AS akan hilang bantuan kewangan dan urusan harian kerajaan juga akan terhenti tatkala negara itu sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Pada ketika ini, rakyat yang terkesan menerima bantuan sebanyak AS$600 seorang.
Antara yang terkandung di dalam pelan tersebut ialah peruntukan AS$900 bilion untuk memerangi COVID-19.
Trump sebelum ini enggan menandatangani perjanjian tersebut kerana berpendapat bantuan AS$600 seorang tidak mencukupi.
Beliau juga meminta supaya peruntukan pelan tersebut dikecilkan.