COVID-19: Trump dibenar keluar hospital

Astro Awani
Oktober 6, 2020 08:29 MYT
Helikopter Marine One yang membawa Trump tiba di White House selepas beliau melalui rawatan di hospital akibat dijangkiti COVID-19, di Washington, 5 Okt, 2020. REUTERS
PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump yang disahkan positif COVID-19 pada Jumaat dibenarkan keluar hospital Hospital Tentera Walter Reed, Maryland, tiga hari selepas menerima rawatan di institusi perubatan itu.
Selepas dibenarkan keluar, presiden itu segera ke White House untuk meneruskan rawatan pemulihan.
Trump meninggalkan pekarangan hospital pada kira-kira pukul 7 petang Isnin waktu tempatan.
Beliau menggunakan khidmat helikopter presiden Marine One untuk ke White House.
Sebelum itu, beliau memuat naik status di laman Twitter miliknya memaklumkan akan didiscaj dari hospital.

I will be leaving the great Walter Reed Medical Center today at 6:30 P.M. Feeling really good! Dont be afraid of Covid. Dont let it dominate your life. We have developed, under the Trump Administration, some really great drugs & knowledge. I feel better than I did 20 years ago!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) October 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Trump keluar hospital hanya untuk melambai penyokong, undang reaksi negatif
Dalam ciapannya, Trump berkata beliau berasa sangat sihat dan sempat berpesan supaya tidak takut dengan jangkitan COVID-19.
Selepas keluar hospital dan tiba di White House, Trump segera menanggalkan pelitup muka yang dipakainya.
Kepulangan Trump menyusul ketika mana bilangan kakitangan White House yang dijangkiti COVID-19 masih belum dimuktamadkan.
BACA: White House enggan sahkan bilangan kakitangan jalani saringan COVID-19
BACA: COVID-19: Trump dalam keadaan baik, tiada gejala - Pakar Perubatan White House
Soal kesihatan Trump membayangi kempen pilihan raya presiden yang berbaki kurang sebulan.
Beliau sebelum ini pernah memuat naik status di Twitter untuk kembali meneruskan jelajah kempen sebelum pilihan raya berlangsung 3 November nanti.
#Donald Trump #Twitter #Hospital #White House #Amerika Syarikat #koronavirus #COVID-19 #pilihan raya presiden #kempen #kakitangan White House #pelitup muka
;