COVID-19: Trump dalam keadaan baik, tiada gejala - Pakar Perubatan White House

Astro Awani
Oktober 3, 2020 06:19 MYT
Pakar Perubatan White House, Dr Sean Conley berkata Trump bebas daripada demam sepanjang 24 jam lalu. -Reuters
WASHINGTON: Doktor yang merawat Donald Trump mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berada dalam keadaan baik ketika menghabiskan hujung minggu di hospital tentera bagi rawatan COVID-19.
Trump mengalami demam dan keletihan kini berada di Pusat Perubatan Walter Reed ketika mana kes baharu terus muncul dalam kalangan pegawai tingginya.
Pakar Perubatan White House, Dr Sean Conley berkata Trump bebas daripada demam sepanjang 24 jam lalu.
"Kami telah memantau fungsi jantung, ginjal, hati... semuanya normal.
"Presiden pada pagi ini tidak menggunakan oksigen, tidak mengalami kesukaran bernafas atau berjalan di sekitar unit perubatan White House di tingkat atas.
"Semangatnya kuat dan beliau ada berkata, 'Saya rasa dapat keluar dari sini hari ini.' Itu komen yang sangat menggembirakan daripada presiden," kata Dr Conley.
Beliau turut memaklumkan gejala batuk dan hidung tersumbat yang dihidapi Trump kini semakin pulih dan bertambah baik.
Trump dimasukkan ke hospital pada Jumaat selepas diuji positif COVID-19.
#Donald Trump #Sean Conley #koronavirus #COVID-19 #White House #hospital tentera #Amerika Syarikat #perubatan
;