COVID-19: Tiada kes baharu penularan tempatan di China, 18 kes import
Agensi
Ogos 19, 2020 22:30 MYT
Ogos 19, 2020 22:30 MYT
SURUHANJAYA Kesihatan China memaklumkan tiada penularan kes tempatan direkodkan di republik itu pada Selasa.
Namun, suruhanjaya tersebut pada Rabu memaklumkan terdapat 18 kes import positif COVID-19 yang dilaporkan pada Selasa.
Daripada kes baharu itu, lapan dilaporkan di Shanghai, empat di Guangdong, dua masing-masing di Zheijang dan Shaanxi dan satu di Shandong.
Setakat Selasa, tiada kes suspek positif atau kematian baharu yang dilaporkan di tanah besar itu.
Ketika ini, 43 pesakit dibenarkan discaj selepas pulih.
Dengan jumlah kes baharu itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di China adalah 84,888 termasuk 569 pesakit yang masih menerima rawatan dan daripada jumlah itu, 26 dalam keadaan tenat.
Bagi jumlah kematian, setakat ini ia direkodkan berjumlah 4,634 kes.