COVID-19: Tiada bukti kaitan antara radang jantung, vaksin - CDC
Astro Awani
April 28, 2021 11:16 MYT
April 28, 2021 11:16 MYT
WASHINGTON: PUSAT Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) belum melihat sebarang kaitan antara keradangan jantung dan vaksin COVID-19.
Menurut Pengarahnya, Rochelle Walensky, tidak terdapat tanda dan isyarat yang jelas mengenai perkara itu dalam kalangan 200 juta penerima vaksin di negara itu.
Katanya pada Selasa, CDC bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan AS untuk menyiasat laporan mengenai 14 kes keradangan jantung atau myocarditis dalam kalangan individu yang divaksin melibatkan perkhidmatan ketenteraan.
Terdahulu pada Ahad, Kementerian Kesihatan Israel sedang mengkaji sebilangan kecil kes keradangan jantung pada individu yang menerima vaksin COVID-19 Pfizer, namun tiada keputusan dibuat.
Sebilangan besar kes berlaku kepada individu berusia 30 tahun ke bawah.
#vaksin
#Amerika Syarikat
#Israel
#COVID-19
#Pfizer
#kesihatan
#Kementerian Kesihatan
#keradangan jantung
#CDC
#myocarditis
#tentera