COVID-19: Thailand sahkan enam kes baharu

Astro Awani
Mei 11, 2020 07:53 MYT
Thailand melaporkan enam kes baharu COVID-19 ketika negara itu akan memasuki fasa kedua pelonggaran sekatan, bermula 15 Mei ini. -Reuters
Thailand melaporkan enam kes baharu COVID-19 ketika negara itu akan memasuki fasa kedua pelonggaran sekatan, bermula 15 Mei ini.
Mangsa terbaharu itu termasuk seorang kanak-kanak berumur enam tahun, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,015 kes, manakala tiada kematian dilaporkan.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata kesemua kes itu dikesan di wilayah-wilayah selatan termasuk kes dari Phuket.
Menurutnya, dalam fasa kedua pelonggaran sekatan, antara perniagaan dan tempat yang disenaraikan dibuka semula termasuk pusat beli-belah (tidak termasuk teater, boling dan kedai amulet), restoran dan medan selera dalam bangunan serta kedai runcit dan borong.
Turut disenarai untuk memulakan perniagaan, termasuk klinik kecantikan, salun kuku, tempat sukan dan rekreasi termasuk stadium terbuka iaitu (pertandingan tertutup dan perlawanan tanpa penonton), muzium, perpustakaan awam dan rumah urut tetapi hanya bagi urut kaki.
#CCSA #COVID-19 #Kanak-kanak #kedai amulet #Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 #rumah urut #Thailand #Thaweesilp Wissanuyothin #urut kaki
;