Thailand pada Selasa mencatatkan kes baharu COVID-19 paling rendah sejak 9 Mac lalu dengan hanya tambahan satu kes dan kematian sifar dalam tempoh 24 jam.
Ia melibatkan seorang lelaki berusia 45 tahun yang berasal dari selatan wilayah Narathiwat, lapor Reuters.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Taweesin Wisanuyothin berkata,
jumlah yang direkodkan kekal berada pada satu digit apabila menunjukkan satu trend penurunan sejak dua minggu lalu.
“Namun, jumlah ini tidak termasuk kes yang melibatkan kluster tahanan imigresen di selatan Thailand yang menyaksikan sebanyak 60 kes baharu pada ketika itu,” katanya.
Tambah Taweesin, 2,747 pesakit pula dilaporkan sembuh sementara 187 orang lagi sedang dirawat di hospital.
Setakat Selasa, negara itu merekodkan sebanyak 2,988 kes jangkitan dengan 54 kematian akibat COVID-19.
Najmi Syahiran Mamat
Tue May 05 2020

Kes baharu melibatkan seorang lelaki berusia 45 tahun yang berasal dari selatan wilayah Narathiwat.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Thailand mansuh ujian COVID-19 ketika ketibaan bermula 1 Mei
Thailand terus melonggarkan syarat kemasukan dengan membatalkan ujian RT-PCR bagi ketibaan antarabangsa untuk individu lengkap vaksinasi mulai 1 Mei.

Thailand longgarkan lagi syarat perjalanan pelancong asing
Ia bagi mengurangkan kos dan memudahkan perjalanan meskipun kes COVID-19 terus meningkat di negara itu.

Thailand laksana lebih banyak sekatan bendung jangkitan COVID-19
Sekatan itu tidak akan menjejaskan pemegang Pas Thailand kerana mereka masih boleh masuk ke negara itu tanpa menjalani kuarantin sehingga 15 Jan.

Thailand perhebat program suntikan dos penggalak tangani varian Omicron
Thailand akan mempercepatkan program pemberian dos vaksin penggalak kepada rakyat negara itu bagi mengukuhkan kekebalan terhadap varian Omicron.

Thailand jangka hasilkan vaksin COVID-19 tempatan menjelang akhir tahun
Vaksin tempatan RNA messenger (mRNA) COVID-19 Thailand dikenali ChulaCov19 dijangka tersedia pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

COVID-19: Thailand catat 20,571 kes baharu, 261 kematian
Thailand melaporkan 20,571 kes baharu COVID-19 dan 261 kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini 1,030, 281 serta korban seramai 9,087.

COVID-19: Thailand lanjut sekatan di Bangkok dan 28 wilayah lain
Thailand akan melanjutkan sekatan termasuk perintah berkurung malam selama tujuh jam di Bangkok dan 28 wilayah hingga akhir bulan ini, memandangkan kes COVID-19 masih tinggi.

Thailand sedia lakukan ujian klinikal vaksin COVID-19 tempatan dari tumbuhan pada September
Vaksin subunit itu dibangunkan Pusat Penyelidikan Vaksin Universiti Chulalongkorn dan Baiya Phytopharm Co Ltd (Baiya Phytopharm).

COVID-19: Varian Delta kini strain dominan di Thailand
Varian Delta kini strain COVID-19 yang paling dominan di Thailand, menyumbang lebih 90 peratus jangkitan baharu sejak minggu lalu.

Thailand percepat pemberian vaksin dalam kalangan warga emas
Terkini, sekitar 3.67 juta warga emas di seluruh Thailand telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.