BANGKOK:Thailand merekodkan 914 kes baharu COVID-19 susulan pelaksanaan ujian besar-besaran yang dijalankan di Samut Sakhon, wilayah yang mencatatkan penularan bermula pada pertengahan bulan Disember lepas.
Pejabat Kesihatan Awam Samut Sakhon dalam satu kenyataan berkata daripada 914 kes baharu itu, 70 melibatkan mereka yang mendapatkan rawatan di hospital, manakala 844 lagi dikesan menerusi pengesanan kes aktif, yakni melibatkan 760 pekerja asing dan 84 pekerja tempatan.
"Sehingga kini sejumlah 6,555 kes COVID-19 dilaporkan di wilayah itu sejak pertengahan Disember," menurut kenyataan itu.
Sementara itu penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand Dr Apisamai Srirangsan berkata Thailand merancang untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 60,000 ujian ke atas penduduk wilayah Samut Sakhon minggu ini bagi menghentikan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara.
Beliau berkata pihak berkuasa termasuk hospital swasta akan menjalankan pengesanan kes aktif di kilang-kilang, asrama, pasar dan komuniti di Samut Sakhon, wilayah di selatan Bangkok itu.
"Kita harap menerusi pengesanan kes aktif ini, kita akan dapat mengesan lebih banyak kes-kes COVID-19 dan mengawal penularan virus itu.
"Hospital lapangan di Samut Sakhon sedang bersiap sedia untuk menerima lebih ramai pesakit susulan ujian saringan besar-besaran. Sehingga kini terdapat 1,091 hospital lapangan di Samut Sakhon dan 1,400 lagi akan disediakan menjelang Jumaat ini," katanya dalam taklimat harian COVID-19 di sini pada Isnin.
Beliau berkata pesakit dengan gejala yang ringan dan asimptomatik akan ditempatkan di hospital lapangan manakala kes-kes teruk akan dirawat di hospital.
Media tempatan melaporkan kira-kira 63,000 orang termasuk pekerja kilang dan penduduk tempatan, serta mereka dalam kumpulan berisiko tinggi, akan menjalani ujian di bawah inisiatif saringan besar-besaran di wilayah berkenaan minggu ini. Dengan tujuh peratus kadar jangkitan, kira-kira 4,400 kes baharu dijangka akan dikesan menerusi tindakan pengesanan kes aktif ini.
Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 187 kes COVID-19 baharu dan dua lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand kini 13,687 dengan 75 kematian.
Kematian pertama melibatkan lelaki British berumur 61 tahun yang tiba di Thailand pada 25 Dis dan disahkan positif COVID-19 pada 29 Dis semasa menjalani kuarantin wajib, manakala yang kedua melibatkan wanita Thailand berumur 56 tahun dengan masalah penyakit "cerebrovascular".
Sementara itu pegawai kesihatan kanan Dr Sophon Mekthon berkata program vaksinasi di Thailand akan bermula minggu ketiga Februari, apabila kumpulan pertama 50,000 dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh AstraZeneca Plc dan University of Oxford tiba.
Beliau berkata petugas perubatan dan kumpulan berisiko tinggi di Samut Sakhon, Bangkok dan daerah Tak Mae Sot adalah antara kelompok awal yang akan menjalani program vaksinasi.
Pihak berkuasa pentadbiran makanan dan ubatan (FDA) Thailand meluluskan pendaftaran vaksin yang dikeluarkan oleh syarikat AstraZeneca Co di Itali, Rabu lepas.
Lesen import dan pendaftaran vaksin itu akan sah bagi tempoh setahun, dan FDA Thailand sehingga kini masih belum memberikan kelulusan kepada penggunaan vaksin Sinovac Biotech dari China.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021
Pihak berkuasa termasuk hospital swasta akan menjalankan pengesanan kes aktif di kilang-kilang, asrama, pasar dan komuniti di Samut Sakhon. - Foto REUTERS/Panumas Sa
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri meningkat malam ini
Di Perak, jumlah mangsa yang berlindung di 12 PPS meningkat kepada 1,587 orang berbanding 1,459 orang petang tadi.
Consider This: Budget 2025 (Part 1) — Balancing Progress & Prudence?
Budget 2025 was tabled in Dewan Rakyat today, and now the crucial evaluation begins. Does #Belanjawan2025 successfully balance progress and prudence? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Danial Rahman, CEO of Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), and Doris Liew, Economist & Assistant Research Manager at IDEAS Malaysia's Public Finance Unit.
Dialog Anak Muda: Belanjawan 2025: Macam mana ok?
Rasionalisasi subsidi RON95, kadar baharu gaji minima dan pemerkasaan TVET antara tumpuan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Analisis isu-isu ekonomi diteruskan dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini.
AWANI Tonight: Belanjawan 2025: What are the hits and misses
Bait al-Amanah's Benedict Weerasena shares his thoughts on the hits and misses of Budget 2025, which sees an allocation of RM421 bil, a 3.3% increase from the previous year.
AWANI Tonight: Key highlights from Belanjawan 2025
Key highlights from Belanjawan 2025, which includes increased allocations for Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tax reliefs for first home buyers, and cash aid for singles, among other reforms.
PDRM pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya - KPN
PDRM akan memastikan semua perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya.
AWANI Tonight 18 Oct 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
It's About YOUTH: Rethinking the workplace for the younger generation
Celine Ting (@celinetingkl) from OpenAcademy and Anas Hayyan (@anashayyan) from Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) discuss strategies for retaining and developing today's workforce, with a focus on meeting Gen Z's expectations while boosting productivity. #ItsAboutYOUth
345,000 rakyat Palestin di Gaza berdepan krisis kebuluran pada musim sejuk ini - PBB
Terdapat peningkatan ketara daripada 133,000 individu yang kini diklasifikasikan sebagai mengalami "krisis ketidakjaminan makanan."
Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.