COVID-19: Thailand catat sifar kes baharu, kematian

Agensi
Jun 11, 2020 10:25 MYT
Thailand mencatatkan jumlah keseluruhan kes kekal pada 3,125 kes. - Foto AP
Tiada sebarang kes jangkitan baharu dan kematian akibat COVID-19 di Thailand pada Rabu.
Pembantu Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi bagi COVID-19 (CSSA), Dr Panprapa Yongtrakul pada Khamis berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal pada 3,125 kes dengan 58 kematian selain 2,987 pesakit yang dilaporkan sembuh.
Di sebalik berita gembira itu, beliau bagaimanapun menggesa rakyat supaya terus memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan tangan kerana kebanyakan kes di negara itu tidak menunjukkan gejala.
“Sejak dua minggu lalu, semua pesakit baharu merupakan golongan warganegara yang pulang dari luar negara. Sebilangan besar melibatkan para pelajar, tukang urut, buruh dan pekerja kilang,” katanya.
Negara itu mencatatkan 17 hari berturut-turut tiada jangkitan tempatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan Awam dan Kementerian Pelancongan Thailand sedang merangka garis panduan bagi membuka semula pintu sempadan negara untuk ahli perniagaan dan pelawat dari negara berisiko rendah.
BACA: COVID-19: Thailand rangka garis panduan untuk buka sempadan
#Bangkok #COVID-19 #CSSA #jangkitan #kematian #Kementerian Kesihatan #kes baharu #koronavirus #penjarakan sosial #Thailand