COVID-19: Thailand catat 7 kes baru
Bernama
September 5, 2020 20:11 MYT
September 5, 2020 20:11 MYT
Tujuh rakyat asing yang ditempatkan di hotel yang menjadi pusat kuarantin kerajaan, disahkan sebagai kes baru jangkitan COVID-19 di negara itu bagi tempoh 24 jam lepas.
Sehingga kini, Thailand merekodkan sejumlah 3,438 kes jangkitan COVID-19 dengan 58 kematian.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) menyatakan kes baru tersebut melibatkan mereka yang berusia antara 14 hingga 43 tahun.
Mereka termasuklah tiga pelajar asing - remaja wanita warganegara Amerika berusia 17 tahun, remaja lelaki warganegara Russia (18 tahun), dan remaja wanita warganegara India (14 tahun).
"Seorang warganegara Bangladesh berusia 24 tahun juga diuji positif COVID-19," menurut CCSA dalam satu kenyataan.
CCSA menyatakan kes baru lain melibatkan seorang warga Brazil berusia 40 tahun yang tiba dari Indonesia, seorang wanita Russia berusia 45 tahun dan seorang lelaki India berusia 43 tahun.
"Sehingga kini, 500 kes COVID-19 telah dikesan daripada mereka yang ditempatkan di hotel yang menjadi pusat kuarantin kerajaan sejak 3 April," menurut kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
#Bangkok
#CCSA
#COVID-19
#kes baharu
#pelajar asing
#pusat kuarantin
#Thailand
#warganegara Amerika
#warganegara India
#warganegara Russia