COVID-19: Thailand berdepan tekanan selepas peningkatan drastik
Agensi
Januari 6, 2021 11:32 MYT
Januari 6, 2021 11:32 MYT
SAMUT SAKHON: Thailand kini berdepan tekanan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 terutamanya selepas pihak berkuasa kesihatan negara itu melaporkan 527 kes baharu pada Selasa.
Justeru itu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam Thailand, Sathit Pitutecha memaklumkan terdapat keperluan untuk menyediakan lebih banyak kelengkapan katil buat mereka yang perlu menerima rawatan.
Namun, republik itu berdepan kesukaran untuk menyediakan kelengkapan katil selepas berbulan merekodkan kes harian dengan satu digit.
Kebanyakan kes dikenal pasti dalam kalangan pekerja migran di wilayah Samut Sakhon yang kini menjalani proses kuarantin.
Peningkatan kes itu direkodkan sejak bulan lalu dengan kebanyakan kes direkodkan pekerja migran yang tinggal dalam asrama dan pekerja di pasar basah.
Daripada kes baharu yang direkodkan pada selasa, 439 daripadanya adalah migran, 82 kes penularan tempatan dan enam adalah kes import.
Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding Isnin dengan 745 kes, kes tertinggi yang direkodkan di republik itu sejak bermulanya pandemik.