COVID-19: Teruskan tekanan terhadap virus ini - WHO
Astro Awani
Ogos 10, 2020 07:28 MYT
Ogos 10, 2020 07:28 MYT
Pandemik COVID-19 tidak menunjukkan tanda-tanda corak bermusim dan pelonggaran sekatan akan menyebabkan lonjakan semula jangkitan.
Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Michael Ryan berkata setakat ini apa yang ketara adalah jika tekanan tidak diberikan kepada virus itu, ia akan kembali menular.
"Realitinya adalah, seperti saya telah nyatakan sebelum ini, epidemiologi virus dalam ketidakhadiran langkah-langkah kawalan akan menunjukkan corak bermusim. Kita lihat itu pada selesema.
"Virus ini tidak menunjukkan corak bermusim setakat ini. Apa yang ketara adalah kurangkan tekanan kepada virus, ia akan menular semula. Itulah realitinya.
"Virus ini akan bangkit kembali dan itulah yang akan kami katakan kepada negara-negara di Eropah. Teruskan tekanan terhadap virus ini," kata Dr Ryan.
Beliau dalam pada itu memuji pegawai kesihatan Brazil kerana dapat mengatasi apa yang disifatkan sebagai wabak tahap tinggi.
Presiden Brazil Jair Bolsonaro mendakwa beliau merawat jangkitan COVID-19 dengan ubat malaria hydroxychloroquine pada Julai lalu.
WHO pada Jun mengumumkan percubaan merawat COVID-19 menggunakan ubat itu telah ditamatkan.
"Dalam situasi seperti itu, hydroxychloroquine bukan penyelesaiannya.
"Mana-mana negara berhak memutuskan apa yang diyakini adalah rawatan terbaik dan tindakan terbaik untuk menguruskan penyakit secara klinikal pada masa ini.
Dari semua percubaan secara rawak yang telah diterbitkan, hydroxychloroquine adalah tidak terbukti sebagai rawatan yang berkesan terhadap COVID-19.
#corak bermusim
#Dr Michael Ryan
#Hydroxychloroquine
#koronavirus
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO