KETUA-KETUA Staf Angkatan Bersama Amerika Syarikat (AS), termasuk Pengerusinya, Jeneral Mark Milley, diarah menjalani kuarantin selepas terdedah kepada COVID-19.
Arahan itu dikeluarkan selepas Pengawal Pantai mengumumkan wakil komandannya, Laksamana Charles Ray, disahkan positif COVID-19 dan dikuarantin di rumah.
Ray sebelum itu menghadiri pertemuan dengan pemimpin kanan tentera lain termasuk ketua Staf Angkatan Bersama AS di Pentagon minggu lalu.
"Dengan ini dimaklumkan, semua kemungkinan kontak rapat dalam pertemuan minggu lalu dikuarantin dan menjalani ujian pada pagi ini," ujar jurucakap Pentagon, Jonathan Hoffman dalam satu kenyataan.
"Buat masa ini, tiada kontak rapat (Ray) di Pentagon yang menunjukkan gejala dan kami tidak merekodkan sebarang kes positif membabitkan pemimpin tentera lain di Pentagon," katanya.
Dalam pada itu, Naib Pengerusi Angkatan Bersama AS, John Hyten serta panel pegawai tinggi tentera AS yang menasihati presiden dan pemimpin awam lain mengenai isu ketenteraan, turut dikuarantin.
Perkembangan yang berlaku di Pentagon seiring dengan bilangan kes jangkitan berkaitan dengan White House yang terus meningkat.
Presiden AS, Donald Trump disahkan positif COVID-19 minggu lalu dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Namun, selepas tiga hari dimasukkan ke hospital, Trump pulang ke White House pada Isnin lalu.
Khairunnisa Kasnoon
Wed Oct 07 2020

Pertemuan yang diadakan di Pentagon membabitkan pegawai-pegawai tertinggi tentera AS. -Reuters

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Trump ulangi amaran kenakan lebih banyak tarif
Ancaman ini menandakan peningkatan lagi dalam perang perdagangan yang telah menggoncang pasaran kewangan.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Ketua NATO puji Trump atas kejayaan dalam rundingan damai Ukraine
Rutte memuji Trump kerana membantu mencapai kejayaan dalam usaha diplomatik bagi menyelesaikan konflik yang berlarutan di Ukraine.

Trump umum kenaikan tarif logam Kanada kepada 50 peratus
Trump berkata beliau telah mengarahkan setiausaha perdagangan untuk menambah 25 peratus lagi tarif ke atas produk berkenaan, yang akan berkuat kuasa mulai pagi Rabu.

Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.

AS potong 83 peratus projek bantuan antarabangsa di bawah USAID
Daripada kira-kira 6,200 projek yang dibiayai USAID, hanya sekitar 1,000 akan diteruskan.

AS bincang dengan empat kumpulan berbeza mengenai penjualan TikTok - Trump
TikTok berdepan larangan jika perniagaannya di AS tidak dijual kepada pembeli Amerika sebelum 5 April.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

Trump nafi pergeseran Rubio-Musk berhubung pengurangan pekerja persekutuan
Trump menyatakan bahawa Elon Musk dan Marco Rubio menjalankan tugas dengan cemerlang dan tiada pergeseran di antara mereka.

AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ali Khamenei
Khamenei menyatakan tawaran Wwashington untuk berunding bertujuan mendominasi Iran dan bukan menyelesaikan masalah.