COVID-19: Suntikan tambahan Moderna berkesan terhadap varian Afrika Selatan
Astro Awani
Mei 6, 2021 09:27 MYT
Mei 6, 2021 09:27 MYT
MODERNA mengesahkan data percubaan awal menunjukkan bahawa dos ketiga meningkatkan imuniti terhadap varian COVID-19 yang dikesan di Brazil dan Afrika Selatan.
Dos ketiga itu tidak kira daripada suntikan COVID-19 semasa atau untuk calon vaksin baharu kajian tersebut.
Suntikan tambahan diberikan kepada sukarelawan yang sebelum ini divaksin dengan rejimen vaksin dua dos Moderna yang mana menunjukkan peningkatan antibodi terhadap versi asal virus COVID-19.
Data awal itu hasil ujian terhadap 40 orang sukarelawan yang menguji kedua suntikan Moderna sedia ada serta versi yang dibangunkan bagi melindungi daripada varian Afrika Selatan.
Moderna juga sedang melakukan kajian mengenai gabungan vaksin baharu dan sedia ada.
Hasilnya menunjukkan pengambilan suntikan tambahan meningkatkan antibodi terhadap semua varian COVID-19 di dalam kajian tersebut.
Malah, suntikan tambahan mempunyai tindak balas yang lebih besar terhadap varian Afrika Selatan berbanding virus asal.
Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel berkata, pihaknya gembira dengan data baharu itu sekali gus menguatkan keyakinan strategi suntikan tambahan itu melindungi daripada varian COVID-19 yang lebih baharu.
Varian baharu COVID-19 yang pertama kali ditemui di Afrika Selatan dan Brazil dianggap mengurangkan keberkesanan terhadap vaksin yang ada.