COVID-19: Singapura tidak tolak laksana semula sekatan
Astro Awani
Oktober 15, 2022 07:15 MYT
Oktober 15, 2022 07:15 MYT
SINGAPURA: Singapura tidak menolak untuk kembali kuat kuasakan semula sekatan COVID-19.
Namun akan cuba sebaiknya untuk tidak akan "mengganggu" kehidupan rakyatnya.
Menurut Menteri Kesihatan republik itu, Ong Ye kung, kemungkinan tersebut tercetus susulan peningkatan kes selepas gelombang baharu COVID-19 dengan jangkitan XBB.
Jelasnya, kementerian sedang meniliti perkembangan tersebut dan tidak akan kuat kuasakan semula langkah keselematan setakat ini, termasuk pemakaian pelitup muka.
Namun tegasnya, peningkatan kes berlaku akibat tidak melaksanakan sekatan tesebut.
Ujarnya, negara itu masih belum mengisytiharkan COVID-19 sebagai endemik walaupun beberapa negara sudah melakukannya.
Untuk kesejahteraan rakyatnya, ia dianggap sebagai endemik dengan kelonggaran langkah keselamatan dilakukan.
Justeru katanya, pihaknya akan berusaha untuk memastikan rakyatnya tidak akan berdepan dengan sekatan yang dikuat kuasakan sebelum ini sekiranya orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga susulan peningkatan kes.