COVID-19: Singapura rekod 14 lagi kes baharu dalam komuniti

Agensi
Jun 19, 2021 10:37 MYT
Singapura merekodkan 14 lagi kes baharu COVID-19 dalam komuniti pada Sabtu, dedah Kementerian Kesihatan negara itu. - Gambar REUTERS
SINGAPURA: Singapura merekodkan 14 lagi kes baharu COVID-19 dalam komuniti pada Sabtu, dedah Kementerian Kesihatan negara itu.
Daripada jumlah itu, 10 kes dilaporkan berkaitan dengan kes sebelumnya, manakala empat lagi kes tiada kaitan.
Tujuh pesakit telah menjalani kuarantin dan tiga lagi dikesan melalui ujian saringan.
Dalam pada itu, tujuh kes import turut dilaporkan dan telah diarah menjalani kuarantin di rumah atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.
Kesemua mereka adalah warga Singapura dan penduduk tetap.
Tiada jangkitan di asrama pekerja asing dilaporkan setakat ini.
Setakat Sabtu, Singapura merekodkan sejumlah 62,403 kes COVID-19 dengan 34 kematian.
#Singapura #Kementerian Kesihatan #pekerja asing #COVID-19 #ujian saringan #jangkitan #kes positif #kes baharu