COVID-19: Singapura rekod 11,278 kes baharu, 11 kematian
Astro Awani
Mac 17, 2022 10:10 MYT
Mac 17, 2022 10:10 MYT
SINGAPURA: Singapura terus merekodkan peningkatan kes harian COVID-19 dengan 11,278 kes baharu direkodkan semalam.
Daripada jumlah itu, 11,141 kes adalah jangkitan tempatan manakala 137 adalah kes import.
Bagaimanapun kadar kematian adalah rendah dengan 11 kematian baharu dicatatkan.
Ketika ini, 1,238 pesakit dirawat di hospital dengan 171 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kebanyakan kes baharu yang dilaporkan adalah kategori dua dengan simptom ringan.
Peningkatan kes harian adalah pada 0.76 berbanding 0.80 hari sebelumnya.