COVID-19: Singapura lanjut langkah pemutus rantaian sebulan lagi

Agensi
April 21, 2020 18:00 MYT
Peningkatan mendadak kes yang terdiri dalam kalangan pekerja asing yang tinggal di bangunan asrama yang sesak. - Reuters
Singapura melanjutkan langkah pemutus rantaian (circuit breaker) selama empat minggu lagi sehingga 1 Jun.
Ini adalah susulan kenaikan mendadak kes COVID-19, umum Perdana Menteri, Lee Hsien Loong pada Selasa.
Setakat Selasa, negara itu memiliki 9,125 kes positif, paling tinggi di Asia Tenggara.
"Saya harap rakyat memahami bahawa kesukaran jangka pendek ini adalah untuk mengawal penyebaran virus, menjaga kesihatan dan keselamatan orang yang kita sayangi seterusnya membolehkan kita menghidupkan kembali ekonomi kita," kata Lee.
Singapura menyaksikan lonjakan mendadak kes yang terdiri dalam kalangan pekerja asing yang tinggal di bangunan asrama yang sesak, sekaligus menjadi cabaran terbesar negara itu dalam menangani COVID-19.
Singapura telah melaksanakan langkah pemutus rantaian sejak 7 April, dengan kebanyakan tempat kerja dan sekolah ditutup.
Hanya perniagaan yang menyediakan perkhidmatan penting seperti makanan yang dibenarkan untuk terus dibuka.
#COVID-19 #kesihatan #koronavirus #Lee Hsien Loong #pekerja asing #Singapura
;