Singapura yang mewartakan dua asrama pekerja asing sebagai kawasan isolasi pada hari Ahad, telah mengenal pasti sebuah asrama lain sebagai satu kluster baharu COVID-19.
Kluster baharu asrama Tampines Dormitory di Tampines Place, sehingga kini dilaporkan terdapat tiga kes yang disahkan, menurut Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Menurutnya selain Tampines Dormitory, dua kluster baharu telah dikenal pasti, masing-masing di Cochrane Lodge I di Admiralty Road West, dan sebuah tapak pembinaan di Battery Road.
Menurut kenyataan itu dua lagi kes dilaporkan daripada sektor kesihatan awam; melibatkan seorang doktor di KK Women's and Children's Hospital dan seorang juruteknik di Ng Teng Fong General Hospital.
Sementara itu menurutnya asrama isolasi, S11@Punggol di Seletar North Link ketika ini menempatkan 63 kes, manakala asrama Westlite Toh Guan di Toh Guan Road East 28 kes yang disahkan.
Sehingga tengah hari Ahad, 23 lagi kes jangkitan COVID-19 telah dibenarkan keluar dari hospital atau fasiliti isolasi komuniti, menjadikan sehingga kini 320 telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19.
Daripada 569 kes disahkan yang masih dirawat di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil atau semakin pulih, manakala 25 lagi dalam keadaan kitikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi.
Sementara itu 414 kes yang pulih secara klinikal tapi masih positif COVID-19, telah diasingkan dan dijaga di Hospital Concord International, Hospital Mount Elizabeth, Hospital Gleneagles dan Fasiliti Isolasi Komuniti di D'Resort NTUC.
Singapura sehingga kini mencatatkan sejumlah 1,309 kes disahkan dengan enam kematian dan 17,345 kontak rapat dikuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 06 2020
![COVID-19: Singapura kenal pasti sebuah asrama pekerja asing sebagai kluster baharu COVID-19: Singapura kenal pasti sebuah asrama pekerja asing sebagai kluster baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81586139909_COVIDSingapura.jpg)
Asrama isolasi S11@Punggol di Seletar North Link ketika ini menempatkan 63 kes, manakala asrama Westlite Toh Guan mempunyai 28 kes yang disahkan. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
!['Naluri saya kuat mengatakan itu rangka Hafiz Fauzan' - Bapa 'Naluri saya kuat mengatakan itu rangka Hafiz Fauzan' - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719307968_ayah.jpg)
'Naluri saya kuat mengatakan itu rangka Hafiz Fauzan' - Bapa
Abdul Halid merupakan ayah kepada Hafiz Fauzan yang merupakan pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Agama Parit Raja yang dilaporkan hilang pada 25 Mei lalu.
![Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718283720_PDRM.jpg)
Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.
![Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694872282_PolisLogoPolisP.jpg)
Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.
![PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707180927_TBJabatanImigresen.jpg)
PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.
![Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701353178_hostelinAlmatyK.jpg)
Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis.
![Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639736723_gaduh.jpg)
Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.
![Enam maut asrama pekerja hospital terbakar Enam maut asrama pekerja hospital terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684196315_LoafersLodgefire.jpg)
Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.
![Empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa pukul rakan hingga cedera parah Empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa pukul rakan hingga cedera parah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678747229_TBmahkamahkotabharu.jpg)
Empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa pukul rakan hingga cedera parah
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Wan Aminullah Wan Ibrahim, dengan menggunakan sebatang rotan.
![Pelajar Tingkatan 4 cedera dipukul pelajar senior di asrama Pelajar Tingkatan 4 cedera dipukul pelajar senior di asrama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/41581582041_gaduh.jpg)
Pelajar Tingkatan 4 cedera dipukul pelajar senior di asrama
Pada awalnya mangsa memaklumkan kepada bapanya dia mengalami sakit di bahagian perut dan kencing berdarah.
![Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam oleh pelajar senior Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam oleh pelajar senior](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-06/61435041758_Abuse.jpg)
Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam oleh pelajar senior
Seorang pelajar mendakwa menjadi mangsa liwat seorang pelajar senior di dalam asrama sebuah pusat pengajian agama di Langkawi, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu.