COVID-19: Singapura catat 942 kes baharu, jumlah terkini 5,992

Astro Awani
April 18, 2020 16:46 MYT
a merupakan lonjakan tertinggi kes jangkitan COVID-19 di negara itu dalam masa 24 jam.
Singapura mencatat lonjakan tinggi jangkitan COVID-19 pada Sabtu apabila 942 kes positif baharu dikesan di negara itu.
Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, majoriti kes jangkitan tersebut melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.
Ia merupakan lonjakan tertinggi kes jangkitan COVID-19 di negara itu dalam masa 24 jam dengan jumlah kumulatif sebanyak 5,992.
Singapura pada 7 April lalu telah mengambil langkah memperketat perintah kawalan pergerakan di negara itu selama sebulan.
Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong, menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung pada Jumaat memaklumkan langkah itu adalah bagi membendung penularan COVID-19 yang kian meningkat.
#asrama #COVID-19 #MOH #pekerja warga asing #Singapura
;