COVID-19: Shanghai lanjutkan sekatan

Astro Awani
Mei 10, 2022 10:15 MYT
Seorang penghantar makanan meninjau di sebalik penghadang di kawasan perumahan di Shanghai. - Foto REUTERS
SHANGHAI: Pihak berkuasa Shanghai sekali lagi melanjutkan sekatan penularan COVID-19 selepas bandar itu memasuki perintah sekatan melebihi sebulan.
Notis dikeluarkan terhadap beberapa kawasan yang mengarahkan penduduk tempatan untuk kekal berada di rumah.
Manakala penghantaran barangan tidak penting digantung buat sementara waktu sekurang-kurangnya sehingga Rabu.
Setakat ini, masih belum jelas mengapa sekatan tersebut dilanjutkan walaupun kebanyakan kawasan menunjukkan penurunan kes harian.
Pada Isnin, Shanghai merekodkan kurang daripada 4,000 kes dalam tempoh 24 jam lepas dengan kebanyakan kes tiada simptom.
11 kematian baharu turut dicatatkan.
Pada masa sama, jurucakap Perbandaran Beijing memaklumkan, pihaknya akan melaksanakan ujian nukleik asid di beberapa tempat.
Ia termasuk beberapa usaha berterusan untuk mencapai sifar kes COVID-19.
#COVID-19 #sekatan #kes harian #penghantaran barangan
;