COVID-19: Separa darurat disytihar di 30 wilayah Jepun

Astro Awani
Januari 25, 2022 05:25 MYT
Tokyo, Okinawa, Yamaguchi dan Hiroshima ketika ini masih mengekalkan sekatan keselamatan bagi mengatasi penularan Omicron. - Foto REUTERS
TOKYO: Kerajaan Jepun memutuskan untuk mengisytiharkan status separa darurat di kebanyakan wilayah, iaitu 30 daripada 47 wilayah, susulan kebimbangan peningkatan kes varian Omicron COVID-19.
Perkara itu dimaklumkan oleh menteri bertanggungjawab respon COVID-19, Daishiro Yamagiwa.
Pada Isnin, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata, langkah sekatan turut akan diperluas melibatkan beberapa wilayah lain termasuk Hokkaido di utara Osaka dan Kyoto sehingga 20 Februari.
Tokyo, Okinawa, Yamaguchi dan Hiroshima ketika ini masih mengekalkan sekatan keselamatan bagi mengatasi penularan Omicron.
Jepun dalam masa sama meningkatkan capaian saringan sehingga 800,000 sehari meskipun berdepan kekurangan bahan penguji.
#COVID-19 #darurat #Omicron #Daishiro Yamagiwa
;