COVID-19: Sepanyol masih catat kenaikan kes

Astro Awani
April 12, 2021 07:32 MYT
Jumlah kes positif COVID-19 harian di Sepanyol menunjukkan peningkatan yang perlahan berbanding peningkatan kes sebelum ini. -REUTERS
MADRID: Jumlah kes positif COVID-19 harian di Sepanyol menunjukkan peningkatan yang perlahan berbanding peningkatan kes sebelum ini.
Pengarah Koordinator Pusat Kesihatan Awam dan Kecemasan, Fernando Simon memaklumkan negara itu mencatatkan kadar peningkatan 199 kes bagi setiap 100,000 orang dalam tempoh 14 hari lalu.
Jelasnya lagi, program vaksinasi di negara itu juga menyumbang kepada peningkatan yang perlahan.
Namun, orang ramai diingatkan untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Evolusi yang dilihat kini masih lagi menunjukkan peningkatan tetapi proses inokulasi yang dijalankan kini memperlahankan kadar kebolehjangkitan.
"Setakat hari ini, kita menyaksikan 199 kes bagi setiap 100,000 populasi sejak 14 hari lepas. Ini adalah, 15 kali lebih banyak dalam 100,000 orang sejak Jumaat lalu.
“Ini adalah peningkatan yang progresif tetapi tertumpu kepada dua hingga tiga daerah yang menunjukkan peningkatan ketara atau mendatar,” katanya.
Terdahulu, sebuah syarikat farmaseutikal tempatan mendedahkan kini dalam proses membangunkan sistem pengeluaran baharu yang akan menghasilkan jutaan vaksin Moderna.
#SOP #sepanyol #COVID-19 #vaksin #Moderna #Fernando Simon #Pusat Kesihatan Awam dan Kecemasan #program vaksinasi #kes positif
;