COVID-19: Sepanyol lulus dos ketiga untuk golongan lemah sistem imunisasi
Astro Awani
September 8, 2021 10:29 MYT
September 8, 2021 10:29 MYT
SEPANYOL meluluskan pengunaan suntikan penggalak vaksin COVID-19 kepada individu yang mempunyai masalah sistem imunisasi.
Ini tertumpu kepada individu yang masih mempunyai imunisasi lemah walaupun sudah melengkapkan dua dos vaksin.
Suruhanjaya Kesihatam Awam Sepanyol berkata, dos penggalak itu perlu diberikan 28 hari selepas dos kedua.
Vaksin yang digunakan juga perlulah daripada vaksin jenis yang sama dengan suntikan pertama dan kedua.
Pihak berkuasa menegaskan setakat ini, tiada data yang kukuh untuk mengesyorkan pemberian suntikan ketiga kepada populasi umum.
Agensi Ubat-Ubat Eropah (EMA) awal bulan ini berkata, pihaknya sedang menilai potensi suntikan penggalak vaksin COVID-19 yang mungkin diberikan enam bulan selepas yang dos kedua.
Pemberian dos penggalak ini bagaimanapun bertentangan dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Agensi itu meminta moratorium tentang dos penggalak sehingga sekurang-kurangnya akhir bulan September untuk memberikan lebih banyak dos vaksin bagi negara-negara dengan akses lemah terhadap vaksin.