COVID-19: Sepanyol longgar arahan sekatan minggu depan
Astro Awani
Mei 9, 2020 10:01 MYT
Mei 9, 2020 10:01 MYT
SEPANYOL mengumumkan lebih banyak pengurangan sekatan di beberapa kawasan di negara berkenaan pada minggu depan.
Menteri Kesihatan Salvador Illa berkata pada Jumaat, langkah itu melibatkan beberapa kawasan yang dianggap layak, dengan fasa baru pengurangan dilakukan secara berperingkat.
Antara perincian pelan ini termasuk kapasiti tempat duduk luar ditingkatkan kepada hanya 50 peratus untuk restoran dan bar.
Fasa baru tersebut, bermula Isnin, dijangka melibatkan 47 juta populasi negara itu.
Perhimpunan sosial setakat maksimum 10 orang, perjumpaan keluarga, pasar terbuka, perkhidmatan gereja dan pembukaan muzium akan dibenarkan di kawasan tersebut, tetapi dengan beberapa syarat tertentu.
Bandar utama seperti Madrid dan Catalonia dengan jumlah kes positif pada 64,000 dan 51,000 tidak termasuk dalam fasa baru ini.
Sebelum ini, Sepanyol mengumumkan pembukaan perniagaan kecil dalam fasa tiga pelannya.
Pembukaan yang bermula Isnin lepas turut menyaksikan pekerja yang wajib ke pejabat dibenarkan keluar rumah.
Mereka yang keluar rumah juga diarahkan memakai topeng.