COVID-19: Sepanyol laksanakan sekatan baharu, denda jika ingkar SOP

Agensi
Oktober 6, 2020 21:36 MYT
Sekatan terbaharu merangkumi denda terhadap mereka yang ingkar kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). Foto/Reuters
MADRID: Sepanyol melaksanakan sekatan pergerakan baharu di bandar raya Madrid dan beberapa kawasan pinggir bandar bermula Jumaat susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.
Setakat Isnin, Sepanyol merekodkan jumlah keseluruhan 813,412 kes dengan 32,225 kes kematian.
Sekatan terbaharu merangkumi hukuman denda terhadap mereka yang ingkar kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Madrid masih belum meluluskan keputusan itu yang dijangka akan berkuat kuasa menjelang akhir minggu ini.
Susulan itu, lebih lima juta penduduk dijangka akan terkesan dengan pelaksanaan ini dengan pemeriksaan polis secara rambang akan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan rakyat terhadap SOP.
Penduduk di Madrid masih lagi dibenarkan untuk pergi bekerja, menghantar anak-anak ke sekolah atau pergi ke bank dan farmasi.
Bagaimanapun operasi bar dan restoran dihadkan kepada 50 pengunjung pada satu masa dan perlu ditutup sebelum jam 11 malam.
#SOP #sepanyol #COVID-19 #Madrid #kes positif #sekatan baharu #denda #pematuhan SOP
;