COVID-19: Sepanyol hapus had umur guna vaksin AstraZeneca

Astro Awani
Mac 30, 2021 07:53 MYT
Seorang jururawat memegang bekas yang dipenuhi dengan jarum suntikan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca di Huelva, Sepanyol, 24 Mac 2021. REUTERS
SEPANYOL menghapuskan had umur 65 tahun ke atas untuk menerima vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca.
Ia juga mengumumkan akan memberi vaksin Johnson & Johnson bagi individu berumur 66 tahun ke atas.
Suruhanjaya kesihatan awam Sepanyol bersetuju dengan perubahan tersebut selepas bermesyuarat pada Selasa.
Minggu lalu, Sepanyol memutuskan untuk meneruskan semula suntikan vaksin AstraZeneca bagi individu berusia 18 hingga 65 tahun.
Beberapa negara Eropah telah menangguhkan pemberian suntikan vaksin tersebut susulan wujud kebimbangan berkaitan kes pembekuan darah.
A health ministry spokeswoman did not confirm or deny the report that the limit had been removed.
Bagaimanapun, jurucakap kementerian kesihatan tidak mengesahkan atau menafikan laporan stesen radio tersebut.
#AstraZeneca #COVID-19 #vaksin #suntikan #had umur #Johnson & Johnson #sepanyol #Itali
;