COVID-19: Semua negara yang bersedia akan terima vaksin - WHO
Astro Awani
Januari 15, 2021 14:58 MYT
Januari 15, 2021 14:58 MYT
PEJABAT serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah berkata, vaksin COVID-19 sedang diedarkan dan akan diberikan kepada semua negara yang bersedia untuk menerimanya di seluruh dunia.
Menurut pakar WHO, Ihor Perehinets, beliau yakin, vaksin baru akan tersedia dan diluluskan untuk kegunaan kecemasan oleh WHO tahun ini dan semua negara akan dapat memperolehinya.
"Kita akan mencapai tahap imuniti yang diperlukan untuk melindungi bukan hanya golongan rentan, tetapi keseluruhan penduduk wilayah Eropah dan dunia.
"Persoalannya bukan apakah ia akan terjadi, tetapi bilakah ia akan terjadi," kata pakar dari Rusia itu pada satu taklimat mengenai koronavirus tersebut pada Khamis.
Sementara itu, para pegawai WHO turut mengatakan, akses kepada vaksin COVID-19 akan diberikan di bawah inisiatif COVAX secara percuma.
Di bawah inisiatif itu, setiap negara akan diberikan senarai vaksin sedia ada yang boleh dipilih berdasarkan kesesuaian masing-masing.
Seorang pakar WHO juga menyebut, belum ada bukti menunjukkan bahawa imuniti yang diperoleh setelah dijangkiti COVID tidak akan berkesan menentang virus baharu.
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#COVID-19
#WHO
#Europe
#kesihatan
#Kesatuan Eropah
#koronavirus
#vaksin
#COVAX