COVID-19: Sekatan sebulan di Britain mungkin dilanjutkan - Menteri Kanan Kabinet
Astro Awani
November 1, 2020 07:38 MYT
November 1, 2020 07:38 MYT
SEKATAN selama sebulan di England mungkin dilanjutkan ketika Britain berusaha menahan gelombang kedua COVID-19.
Menteri Kanan Kabinet Britain, Michael Gove, tidak menafikan perkara itu berlaku susulan lonjakan kes baharu di negara itu.
Katanya, sekatan nasional perlu dilaksanakan bagi memastikan sistem kesihatan tidak mengalami tekanan dan penularan COVID-19 masih mampu dikawal.
Sabtu lalu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan pelaksanaan sekatan seluruh negara selama empat minggu mulai 5 November hingga 2 Disember.
Britain merekodkan jumlah kematian terbesar di Eropah dengan lebih 46,000 akibat virus itu dan sedang bergelut dengan lebih 20,000 kes baharu setiap hari.
Para saintis memberi amaran senario terburuk 80,000 orang berkemungkinan maut apabila tiba musim sejuk nanti.
#jumlah kematian
#COVID-19
#Boris Johnson
#England
#Britain
#English
#Perdana Menteri
#maut
#kesihatan
#kabinet
#Michael Gove
#lonjakan kes
#sekatan
#sistem kesihatan
#tekanan