COVID-19: Scotland umum sekatan peringkat tertinggi di 11 kawasan
Astro Awani
November 17, 2020 06:30 MYT
November 17, 2020 06:30 MYT
Sturgeon berkata sekatan tahap empat perlu menjadi singkat dan lebih efektif. - REUTERS
EDINBURGH: Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon mengumumkan 11 kawasan akan dimasukkan ke dalam sekatan koronavirus peringkat tertinggi negara itu selama tiga minggu.
Berucap di Parlimen, Sturgeon berkata kesemua kawasan itu termasuk Glasgow akan memasuki sekatan tahap empat bermula 6 petang pada Jumaat.
Di bawah sekatan tersebut, perniagaan yang tidak penting seperti restoran, bar, gimnasium dan salun rambut tidak akan dibenarkan beroperasi hingga 11 Disember.
Perjalanan yang tidak penting ke dalam atau di luar kawasan itu juga dilarang.
Bagaimanapun, sekolah akan tetap dibuka.
Sturgeon berkata sekatan tahap empat perlu menjadi singkat dan lebih efektif.
Beliau juga sangat berharap sekatan dapat dikurangkan sebelum Krismas.
#Scotland
#COVID-19
#nicola sturgeon
#Menteri Pertama Scotland
#koronavirus
#sekatan koronavirus
#Glasgow