COVID-19: 'Saya mungkin akan jalani ujian saringan' - Trump tepis dakwaan penting diri sendiri
Afiq Ariffin
Mac 13, 2020 07:50 MYT
Mac 13, 2020 07:50 MYT
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menepis dakwaan bahawa beliau seorang yang mementingkan diri sendiri dan enggan menjalani ujian saringan COVID-19.
Trump berkata demikian ketika diajukan soalan oleh seorang wartawan pada sidang media di Rose Garden, di sini, pada Sabtu.
Menjawab soalan pemberita berkenaan, Trump berkata beliau "berkemungkinan besar" akan menjalani ujian saringan COVID-19 tidak lama lagi.
"Siapa kata saya enggan jalani ujian saringan?
“Saya rasa saya akan (jalani ujian). Tidak lama lagi. Kita sedang berusaha melakukannya dan ia sedang dijadualkan,” katanya.
Trump dipercayai ada membuat kontak rapat dengan beberapa individu yang positif dan sedang dikuarantin.
Antaranya pegawai Brazil yang disahkan positif COVID-19 ketika berkunjung ke resort presiden Mar-a-Lago hujung minggu lalu.
Malah, Trump juga dikatakan turut berhubung secara dekat dengan beberapa penggubal undang-undang GOP yang dikuarantin selepas disyaki mempunyai menghidapi virus itu sebelum diuji dan didapati negatif.
Bagaimanapun, Presiden AS itu berkata dia tidak mempunyai gejala koronavirus.
Pada Jumaat, Trump mengisytiharkan jangkitan wabak COVID-19 sebagai darurat di seluruh AS.
Keputusan itu diambil selepas Washington bergelut membendung penularan jangkitan virus yang setakat ini telah menjangkiti lebih 2,000 dan mengorbankan lebih 40 mangsa.
#Amerika Syarikat
#AS
#Brazil
#coronavirus
#COVID-19
#Donald Trump
#mangsa
#presiden
#undang-undang
#virus
#Washington