COVID-19: Rusia terus catat kes harian, kematian tertinggi
Astro Awani
Oktober 15, 2021 08:39 MYT
Oktober 15, 2021 08:39 MYT
KALININGRAD: Rusia terus mencatatkan kes harian dan kematian akibat COVID-19 tertinggi sejak bermulanya pandemik itu.
Peningkatan drastik itu memberi tekanan sekali gus melumpuhkan sistem kesihatan negara itu.
Pada Khamis, kerajaan melaporkan 31,299 kes baharu dengan 986 kematian dalam tempoh 24 jam lepas.
Sejak beberapa minggu lepas, negara itu merekodkan jumlah kematian tertinggi.
Ia dipercayai susulan perkembangan program vaksinasi yang perlahan di negara itu.
Susulan peningkatan drastik, pihak berkuasa terus memantau prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat termasuk penggunaan pelitup muka di tempat awam.
Setakat ini, menurut Menteri Kesihatan, Mikhail Murashko, hanya 42 peratus individu berusia 60 tahun ke atas yang sudah melengkapkan vaksinasi.