COVID-19: Rusia lapor kes baharu dari varian yang lebih mudah menular

Agensi
Oktober 21, 2021 21:26 MYT
Ia berpotensi menyebabkan kadar kes jangkitan COVID-19 baharu, yang sudah berada di paras tertinggi di negara itu, meningkat lebih tinggi. - AFP Relax
MOSCOW: Rusia melaporkan beberapa kes jangkitan COVID-19 dengan varian baharu yang dipercayai lebih mudah menular berbanding Delta.
Reuters, memetik laporan agensi berita tempatan menyebut, ada kemungkinan varian AY.4.2 akan tersebar dengan meluas, kata penyelidik kanan, Kamil Khafizov.
Ia berpotensi menyebabkan kadar kes jangkitan COVID-19 baharu yang sudah berada di paras tertinggi di negara itu, meningkat lebih tinggi.
Varian baharu itu juga berkemungkinan akan menggantikan Delta, walaupun prosesnya mungkin mengambil masa, katanya.
Presiden Vladimir Putin minggu ini mengumumkan untuk menutup operasi tempat kerja selama seminggu pada awal November, susulan kes kematian berkaitan koronavirus di Rusia pada Rabu mencatatkan 1,028, dengan 34,073 jangkitan baharu.
#Rusia #COVID-19 #jangkitan #varian baharu #Varian Delta
;